Sunday, August 30, 2009

PAS – NAFSU KUAT TENAGA KURANG

Sejak PR-12 selepas memenangi 23 kerusi parlimen dan menyertai Pakatan Rakyak dan turut serta memerintah beberapa DUN negeri, tindak-tanduk PAS sebagai parti yang melaungkan mereka pejuang Islam sedidik demi sedikit telah membuka pekong di dada mereka sendiri dan menampakkan apa sebenarnya perjuangan mereka selama ini.Sejak penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat Islam yang mereka kata mereka perjuangkan sudah mula dihina; laungan Azan sudah mula dipersoalkan, begitu juga dengan wang zakat hendak digunakan untuk kepentingan orang bukan Islam, orang bukan Islam sudah mula menggunakan ayat-ayat Al Quran dalam kempen politik mereka. Semua ini berlaku tanpa bantahan dari penyokong dan pemimpin PAS. Pemimpin Pas tidak dapat berbuat apa-apa kerana orang Islam dalam Pakatan Rakyat sudah menjadi kumpulan minoriti dalam pakatan tersebut. Lihat sahaja di Selangor dalam isu penjualan arak di kawasn majoriti Islam, mereka tersungkur sehinggakan tindakan tatatertib hendak dikenakan keatas pemimpin PAS Selangor dalam isu ini. Tindakan mereka dalam isu arak tidak pun disokong oleh orang Islam dalam PKR.; malahan pemimpin PKR yang merupakan Menteri Besar Selangor tidak menyokong tindakan PAS.Orang PAS tidak pun membantah cadangan MB selangor untuk untuk menggunakan wang zakat untuk kepentingan bukan Islam. Saya tidak nampak pun demonstrasi PAS menentang Isu zakat ini. Begitu juga dengan pertumbuhan berluasa tempat maksiat di Selangaor tidak pun menerima tentangan dari penyokong PAS.Isu rumah urut ini tidak timbul semasa Umno yang dikatakan mengamalkan Islam palsu. Dimana maruah PAS dan pemimpin PAS yang dikatakan memperjuangakan Islam dan membangun bersama Islam. Jelaslah pemimpin PAS mempunyai nafsu kuat tetapi sayang sekali tenaga kurang; akhirnya terkulai dalam perjuangan kononnya hendak menegakkan kerajaan Islam. Islam akan jadi hancur lebur, dikutuk dan dihina di negara ini jika PAS masih mau memerentah dengan meyertai Pakatan Rakyai yang terang-terang menentang Islam. Saya rasa PAS lebih bermaruah jika parti tersebut keluar dari Pakatan Rakyat dan bertindak sebagai parti bebas. Dengan cara ini sahaja mereka boleh bersama-sama orang Islam lain untuk mempertahankan Islam. Peyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat telah merendahkan mertabat Islam yang menjadi agama resmi negara ini. Lihat sahaja di Selangor dan Perak negeri yang mempunyai kerusi majoriti orang Islam sudah jatuh ketangan kekuasaan orang bukan Islam. Masih tidak sedarkah orang PAS dan orang Islam dikedua-dua negeri ini ?

PAS sebenarnya bukanlah parti yang mampu memperjuangan Islam. Bacalah rencana yang ditulis oleh Dr. Asri Zainul Abidin dalam rancananya ‘ Islamkan Politik , atau Politikan Islam’ yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia. Dari analisis rencana tersebut jelaslah PAS bukanlah Parti Islam tetapi ianya sebuah parti politik biasa yang mempolitikan Islam untuk berkuasa. Tidak hairanlah mereka sanggup berkerjasama dengan kumpulan yang jelas menentang Islam semata untuk mencapai impian pemimpin mereka untuk berkuasa. Sebuah parti Islam akan bertindak berpadukan Al Quran dan Sunnah dan tindak tanduk mereka mestilah tidak bercanggah dengan Islam. Fikirlah, adakah mencarut, memaki orang yang tidak sependapat dengan mereka, tukang fitnah dan mengukuk orang yang seagama yang menjadi kegemaran pengikut dan pemimpin PAS diizinkan oleh Allah untuk memerintah negara ini. Adakah kata-kata carut seperti barua,binatang dan mahakinzir merupakan kata-kata berpandukan Al Quraan dan Sunnah. Bacalah HARAKAH iaitu lidah resmi PAS. Kalau itulah dikatan akhbar Islam kita sudah sesat. Berapa banyakkah bahan dakwah berada dalam HARAKAH berbanding dengan kata-kata yang bertentangn dengam Islam dipaparkan dalam lidah resmi tersebut. Adakah perkataan Mahakinzir yang digunakan oleh akhbar tersebut mengambarkan ianya lidah resmi parti yang memperjuankan Islam. Dengarlah kata-kata kesat yang dituturkan oleh penceramah mereka yang berjubah seolah mereka tidak takutkan Allah. Mula ceramah beri pujian pada Allah dan Rasul kemudian membuat dosa menghina dan memburukan orang yang seagama; akhirnya dapat upah dan dengan upah ini beri makan anak bini. Bukankah duit yang diterima itu haram dimakan kerana hasil dari tindakan yang bertentangan dengan agama seperti mengumpat,memfitnah dan memaki hamun orang lain yang tidak hadir membela diri. Cakap-cakap mereka yang kasar dan angkuh tidak mengambarkan sebagai orang yang diamanahkan oleh Allah untuk mempertahankan agama. Malangnya ada dianatara mereka menganggap mereka ulama dan kata-kata mereka perlu diikuti tanpa bantahan.

Soalnya sekarang kenapa perlu mencarut, memaki,memfitnah dan memburukan orang lain untuk berpolitik secara Islam.Mengapa pemimpin PAS dan penceramah mereka seolah-olah menggalakan pengitkut mereka membuat perkara yang mereka tau bertentangan dengan Islam. Kenapa perlu menggunakan ayat Al Quran untuk mengkafirkan orang seperti yang dilakukan oleh pemimpin No. 1 PAS, Hadi Awang. Tidakkah ini dosa besar dan fitnah agung yang beliau lakukan. Cukupkah pahla yang beliau ada untuk diberikan kepada berjuta ahli UMNO yang beliau kafirkan dan fitnahkan? Berapa ramai pula pengikut PAS yang percaya dengan dengan fatwa Hadi Awang sehinggakan mereka tidak mahu makan ayam sembelihan orang UMNO, dan tidak mahu berimamkan orang UMNO. Siapa yang akan menanggung dosa mereka diakhirat nanti. Islam jenis apa yang dibawa oleh PAS dan ‘ulama’ mereka.

Jawapan kepada semua tingkah laku Pemimpin PAS ini senang sahaja. Sebenarnya sejak tertubuhnya PAS selama 50 tahun, tidak ada apa yang dilakukan oleh PAS untuk mengembangkan Islam.Oleh itu mereka tidak mampu menerangkan kepada orang ramai jasa mereka kerana tidak apa yang boleh dibanggakan.Jawapan Tan Sri Mohyiddin Yassin kepada retorik ‘Membangun Bersama Islam’ yang digunakan oleh PAS Kelantan di Manik Urai tepat sekali. Apa ada sumbangan PAS dalam perkembangan Islam dinegara ini? Jawapannya ialah ‘Kosong’! Perkembangan pesat Islam yang berlaku di negara ini tidak sedikitpun disumbangkan oleh PAS Apa pula sumbangan PAS pembangunan dinegara ini? Jawapnyanya juga ‘Kosong’. Oleh itu apa ertinya ‘Membangun bersama Islam’ yang mereka laungkan selalu. Itu hanya retorik kosong sahaja untuk menipu orang Islam. Oleh kerana tidak ada sumbangan PAS mereka menggunakan taktik yang mereka jangka paling sesuai dan berkesaan iaitu menidatkan jasa kerajaan sekarang dalam membangunkan Islam, bangsa dan negara. Yang paling mudah ialah memaki hamun dengan gelaran-gelaran keji terhadap pemimpin negara dalam ceramah-ceramah sehingga sanggup menggunakan rumah Allah seperti masjid dan surau untuk tujuan tersebut. Oleh itu timbulah kenytaan seperti orang UMNO kafir dan akhir-akhir ini Islam dibawa oleh UMNO Islam palsu. Timbulah perkataan kotor seperti mahakinzir dan gembala babi yang mereka sanggup keluarkan dari mul;ut mereka walaupun mereka sedar perbuatan mereka adalah keji dari segi agama. Kalau Islam yang dikembangkan sekarang palsu, Islam apa pula yang dikembangkan oleh PAS? Dengan taktik ini, secara tidak lansung Pemimpin Pas cuba berselindung dari kelemahan mereka. Dengan memaki hamun orang lain mereka cuba memberi gambaran bahawa mereka boleh berbuat lebih baik dari orang lain jika memerintah. PAS boleh tipu orang Melayu tetapi bolehkah PAS tipu Allh swt. Malangnya habuk pun tidak ada yang hendak diketengahkan. Lihatlah sahaja apa yang berlaku sekarang semasa berada dalam Pakatan Pembangkang memerintah dibeberapa negeri. Mereka pak turut sahaja dan tak mampu mempertahankan agama. Lihat sahaja pemerintahan PAS di Kelantan adakah ini corak pemerintahan ‘Membangun bersama rakyat’. Sanggup melihat rakyat miskin asalkan mereka kekal berkuasa menggunakan taktik terkutuk ini.

Jelaslah PAS bukanlah parti Islam yang bertindak berpandukan Al Quraan dan Sunah. PAS sebenarnya adalah parti politik biasa yang tidak segan silu memperalatkan agama untuk kepentingan peribadi.Agama Islam telah direndahkan taraf sebagai alat , dan bukan sebagai agama agung yang patut di patuhi. Perkataan ‘undi PAS masuk syurga’ dan hanya orang PAS sahaja yang akan masuk syurga, adalah contoh yang jelas dimana agama telah diperalatkan untuk mereka berkuasa. Mereka lebih hebat dari Allah swt! Tahukah pengikut PAS yang menjanjikan syurga tiap kali pilihan raya diadakan, bahawa mereka sudah jatuh syirik kerana menduakan Allah swt. Bertaubatlah! Sebebagai seorang Islam percayakah kita segala tindak tanduk pemimpin dan pengikut PAS direstui oleh Allah swt. Lihat sahaja apa yang berlaku di Kelantan! Keluarlah dari PAS supaya dosa tuan-tuan tidak bertambah! Tubuhkanlah sebuah parti Islam yang benar-benar berpandukan Al Quran dan Sunah.