Friday, April 3, 2009

RENUNGAN PENDUDUK BUKIT GANTANG

Ingatlah orang Perak ,Perak adalah negeri majority Melayu mempunyai lebih kurang 40 kawasan DUN Melayu dan negeri Islam beraja Melayu. Malangnya bila Pakatan Rakyat diamanahkan untuk mentadbir negeri dengan dikepalai oleh oleh Melayu Islam sebagai Menteri Besar kuasa orang Melayu sudah mula terhakis dan agama dan kedaulatan Sultan telah dicabar bukan sahaja oleh bukan Melayu tetapi turut sama orang Melayu sendiri. Banyak keputusan pentadbiran Perak lebih menguntungkan kaum minoriti bukan Melayu.
Insaflah orang Perak, masihkah lagi orang Perak mau PAS diamanahkan untuk menjaga kepentingan Melayu dan Raja Melayu. Tidak cukupkah keperitan orang orang Melayu Perak lalui semasa diperintah oleh Pakatan Rakyat. Mampukah PAS yang hanya memenangi empat kerusi di DUN Perak mempertahankan kedudukan Melayu dari asakan DAP. Jelas sekali jauh panggang dari api. Insaflah yang berkuasa dalam pemerintahan Pakatan Rakyat Perak ialah DAP bukan bukan orang Islam seperti yang diberitau PAS.

Sudah tiba masanya orang Melayu tanya PAS apa sebenarnya matlamat perjuangan PAS? Tanya pemimpin PAS semenjak penubuhan PAS apakah sumbagan PAS dalam perkembangan kemanjuan bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini. Adakah kemanjuan yang dicapai oleh Melayu sejak Merdeka hasil usaha PAS? Adakah perkembangan pesat Agama Islam dinegara ini hasil dari usaha politik PAS? Saya tidak nampak sedikit pun jasa PAS dalam membangunkan Bangsa Melayu dan agama Islam. Saya cabar Harakah atau pemimpin PAS seperti Nik Aziz,Hadi Awang dan lain lain mengemukan senarai sumbangan mereka kepada negara dan agama. Jangan ashik menyalahkan orang lain tanya apa sumbangan PAS selama ini selain sdari memecahbelahkan dan cuba menghancurkan segala kemajuan yang dicapai oleh orang Melayu.

Orang Melayu renunglah apa yang berlaku di Kelantan selama bertahun-tahun PAS memerentah.PAS tidak mampu membangunkan negeri Kelatan tapi bercita-cita memerintah Negara. Kalau sayalah wakil DUN Kelantan saya akan merasa malu kerana gagal membangunkan Kelantan. Selepas dua penggal sahaja saya akan mengudurkan diri dari bertanding. Malangnya wakil DUN Kelantan yang ada sekarang termasuk Menteri Besarnya tidak bermaruah kerana masih menabik dada mengatakan mereka lebih hebat dari orang lain dan masih lagi mahu bertanding dan mentadbir Kelantan.Tanyalah ketua Pemuda PAS dan naib Presiden PAS yang selalu sibuk mengeritik kerajaan Persekutuan kerana tidak telus mentaadbir, berapa banyakkah pembanguna yang mereka bawa ke kawasan parlimen mereka. Cakap hebat, bergegar-degar tahi tersangkut digelegar. Oleh itu pemimpin PAS dan Harakah cerminlah diri sendiri dulu sebelum mengata orang. Pada saya selagi tidak mampu menyumbang kepada agama,bangsa dan negara diam sahajalah lagi elok dari merapu tiap-tiap kali bersuara dan menyakitkan hati orang. Selagi tidak dapat membuktikan kemampuan mentadbir negeri Kelantan dengan baik tak payahlah bercita-cita hendak memerintah negara ini. Tidakkah kita terfikir bahawa Kelantan ditakdirkan d-terus diperintah oleh PAS untuk dijadikan pedoman kepada orang Islam supaya tidak tersalah pilih pemerintahan tida cekap dinegeri-negeri lain?

Orang PAS menabik dada mengatakan PAS adalah parti Islam, memperjuangkan Islam dan hendak menegakkan negara Islam. Pada saya itu cakap-cakap politik sahaja hendak memperbodohkan orang Melayu. Jelas dari kebanyakan tindakan ahli mereka banyak yang bertentangan dengan peraturan Islam.Pada tiap-tiap ahli parti Islam mestilah sentiasa bertindak mengikut Islam iaitu menjadikan AlQuran dan Sunah sebagai panduan tindakan mereka. Perbuatan memfitnah,seperti mengatakan Mahathir dan Cucu beliau menonton TV lucah dan lain-lain lagi adalah bertentangan dengan agama. Kalau nak dibukukan segala fitnah yang dicipta oleh orang PAS termasuk ustaz-ustaz yang berceramah disurau-surau bertahun-tahun pun tidak akan selesai. Memaki hamun orang yang tidak sehaluan dengan PAS tentu sekali bukan disurh oleh Allah swt. Adakah mengelar MAhathir Mahakinzir dan Abdullah Badawai gembala babi untuk cara orang Islam berbudaya. Lihatlah cara orang PAS berdemonstrasi; mengejek-ngejek orang dan memusnahkan harta benda awam mengambarkan cara orang Islam bertindak.Saya ingat lagi ada seorang pensyarah PAS menyangkal melalui kenyataan di TV mengenai kebolehan Ayah Pin menjanjikan syurga untuk pengikut beliau. Pensyarah ini berkata Ayah Pin bukan Tuhan. Apa bezanya Ayah Pin dan ulama Pas; mereka juga menjanjikan syurga kepada tiap-tiap pengundi yang mengundi PAS dalam pilihan Raya. Pada pilihan raya yang lalu pun masih ada peraih PAS berkata demikian untuk memancing undi. Bukankah perbuatan ini syirik iaitu menduakan Tuhan. Dulu Hadi Awang kata orang UMNO kafir kerana bersubahat dengan MCA dan MIC dan beliau sanggup menyelewengkan ayak AlQuran untuk mengukuhkan tuduhan beliau. Tapi sekarang beliau bersubahat dengan bukan sahaja DAP yang anti kerajaan Islam tetapi juga dengan segelintir orang tidak percayakan Tuhan dan mendewakan Karl Max. Jadi sekarang Hadi Awang dan orang-orang PAS pun sudah jatuh kafir lebih kafir dari orang UMNO berpandukan Fatwa Hadi sendiri.Oleh itu bagaimanakah orang sudah kafir hendak menegakkan Islam. Saya rasa sudah tiba masanya Hadi Awang mengaku kesilapan beliau secara terbuka sebelum ajal tiba. Dosa tuan bukan sahaja kepada Tuhan tetapi juga kepada manusia.Berdosa pada Tuhan boleh bertaubat;berdosa kepada manusia keran memfitnah perlu meminta maaf.


Insaflah penduduk Bukit Gantang PAS bukan Parti Islam.Lihat sahajalah cara PAS berkempen; lihat sahajalah surat fitnah yang berluasa diedarkan dan cara-cara mereka bersyarah. Lebih tepat kalau kita katakana mereka sudah dirasuk syitan yang wajib kita jauhi.Janganlah iakan tindakan mereka yang bertentangan denagan kehendak Islam. Mereka tidak berupaya memberitau tuan-tuan sumbangan mereka kepada Agama dan Bangsa oleh itu cara untuk menang ialah dengan mencontohi syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia.

2 comments:

  1. Masalahnyer kebanyakan Melayu skarang mudah dimanipulate. Senang sangat percaya kata2 org yg kononnyer menaikkan Agama Islam..tp kalu ditelitikan balik...mereka semua tu dah ternyata menjual Agama Islam demi kuasa.

    ReplyDelete
  2. Dengan kekalahan BN nampaknya masih ramai yang termakan propaganda alternatif.

    Tidakkan Melayu kita sedar bahawa nasib orang kita hanya akan terbela dengan UMNO.

    Di negara ini rezeki amat mudah dicari. Terpulang samada ingin berusaha atau tidak.

    Pada saya orang2 Melayu kita yang anti kerajaan adalah mereka yang ingin semuanya percuma, tanpa usaha titik peluh. Mereka ini ditunggang oleh bangsa lain dan diperkotak katikkan

    ReplyDelete