Wednesday, April 22, 2009

KETAM HENDAK MENILAI PERTANDINGAN BERJALAN

Saya ingin menyentuh kenyataan Setiausha Agong PAS hendak memberi tempoh tiga bulan untuk menilai kewibawaan barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebagimana kebiasan pemimpin PAS, beliau gemar membuat kenyataan berunsur fitnah, kali ini, menuduh campur tangan Tun Dr. Mahathir semata-mata Datuk Mukriz dilantik sebagai Timbalan Menteri. Janganlah pertikaikan kebolehan Datuk Mukriz, kerana beliau banyak menabur bakti membantu mangsa bencana alam di dalam dan di luarnegara. segala-galanya dibuat atas kerelaannya sendiri tanpa memikirkan kedudukan politik.Pada pendapat saya setakat menjadi SU Agung Parti tidak ada apa yang layak dibandingkan dengan kebolehan saudara dengan Datuk Mukriz. Selama bertahun-tahun menjadi wakil rakyat Tumpat berapa banyak benarlah jasa saudara kepada orang Tumpat. Datuk Mukriz bukanlah seperti pemimpin PAS; ‘cakap berdegar-degar,tahi tersangkut di gelegar. Selain dari memecahbelahkan orang Melayu, cubalah saudara senaraikan apakah jasa PAS kebada orang Melayu dan negara selama PAS ujud. Diam-diam Datuk Mukriz berisi; bising-bising PAS seperti saudara macam tin kosong sahaja.

Menyentuh kenyataan saudara memberi tempoh tiga bulan untuk menilai cabinet Datuk Seri Najib, saya rasa PAS dan parti pakatan PAS cerminlah diri sendiri dulu samaada layak menilai orang. Saya nampak saudara dan pakatan saudara tak ubah macam ‘ketam hendak menjadi hakim pertandingan berjalan.’Nilai sahaja pencapaian pentadbiran pakatan pembangkang yang memerentah beberapa negeri selepas pilihan raya yang baru setahun berlalu. Oleh kerana saudara S/U Agung PAS eloklah kita mula dengan menilai kewibawaan parti PAS dulu. Selama bertahun-tahun memerentah Kelantan apa bentuk pembangunan yang dibawa oleh PAS. Jawabnya tidak ada lansung! Peluang kerja kurang, pelaburan tidak ada menyebabkan ramai anak muda terpaksa mencari kerja dinegeri lain. Masaalah pembekalan air bersih pun tidak dapat diselaikan selama bertahun-tahun. Masalah yang dihadapai oleh rakyat Kelatan sudah berlanjutan hingga Sultan Kelantan pun sudah naik muak. Oleh itu layakkah saudara dan dan pemimpin PAS yang lain menilai kewibawaan orang lain. Sepatutnya saudara dan kawan-kawan saudara termasuk Menteri Besar Kelantan dan basiran Exco harus berfikir untuk mengundurkan diri ekoran segala kegagalan yang ujud dalam mentadbir negeri Kelantan. Berhentilah menyalahkan Kerajaan Pusat kerana mengbaikan Kelantan. Beri peluang orang lain untuk memajukan Kelantan kalau dah tak mampu lagi. Apa guna tiap-tiap bulan terima elaun tetapi amanah tidak mampu dilaksanakan dan rakyat menderita. Inikah kerajaan Islam yang hendak memerintah Malaysia! Saya rasa kalaulah kosep negara kebajikan yang dimimpikan oleh Hadi Awang jadi kenyataan Kelantan terlebih akan jatuh bankrap.

Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar PKR juga menghadapi masaalah selama setahun memerentah.Dari masalah ‘rock tunjuk buntut’ dan juga masalah gambar separuh bogel exco. wanita. Menteri Besar berhadapan dengan masalah tuduhan rasuah dan exco dihadapkan ke mahkamah kerana menghalang tugas pegawai awam menjalankan tugas. Dulu masa pilihan raya macam-macam janji di buat oleh Pakatan Rakyat. Tapi kebanyakan janji tersebut adalah omong kosong sahaja. Kes Elizebeth Wong tak boleh disamakan dengan kes model Nasha Aziz. Betulah hak untuk berbogel dirumah sendiri adalah hak peribadi,tetapi Elizebeth Wong ini lain ceritanya. Beliau tidur separuh bogel disuasana kehadiran orang yang dikenalinya dan bebas keluar masuk rumahnya. Bagaimana orang luar boleh berada dalam rumahnya sebegitu bebas mengambil gambar belaiu separuh bogel.Situasi ini sudah cukup memberi gambaran tidak elok tahap moral pemimpin negeri ini. Saya tak taulah bagaiman wakil Muslimat PAS di Selangor boleh menerima dan mempertahankan pemimpin seperti ini. Saya tidak hairan pempin PKR termasuk MB mempertahankan exco beliau kerana selama ini isu moral bukan menjadi kayu ukur menetukan kepimpinan parti tersebut.

Di negeri Perak pula keadaan sekarang sudah tunggang langgang; undang-undang sudah tidak dihormati lagi, agama Islam dicemoh dan Sultan sudah mula di hina. Ini semua gara-gara gilakan kuasa . Asalakan berkuasa tidak kisahlah apa berlaku kepada bangsa dan agama sendiri. Orang kafir pun pun boleh guna ayat Quran untuk kepentingan peribadi mereka.Tak lama lagi paderi-paderi pun akan menggunakan ayat Quran digereja untuk mengembangkan agama mereka berasaskan tafsiran yang mungkin diselewengkan.. Fikir sahajlah bolehkah kita percaya dan amanahkan orang kafir yang menyembah tokong untukmentafsirkan ayat Quran. Mufti-mufti negeri yang berkuasa sependapat menghalang perkara ini tapi ulama PAS lebih hebat membolehkan segalanya, asalkan mereka menang dalam pertelagahan. Apa cara sekali pun tidak apa asalkan mereka berjaya. Oleh itu betul ke PAS berjaya mentarbiahkan DAP atau sebaliknya DAP sudah mengkafirkan orang PAS! Tanya Hj Hadi mana yang betul ! Berdasarkan apa yang berlaku di Perak tolong jelas apa pendirian PAS berhubung kesultanan Melayu. Nampaknya cara ahli-ahli PAS bertindak seperti membaringkan diri dihadapan kereta Raja Muda Perak, Pas tidak perlu lagi institusi kesultanan Melayu.

Cukuplah; tak payah sentuh Pulau Pinang dan Kedah yang juga menghadapi masaalah. Kesimpulannya tak payahlah hendak menilai pentadbiran orang lain ; betulkanlah diri sendiri dulu. Kalu pemimpin PAS tidak dapat menunujukan apa jasa mereka kepada bangsa Melayu dan agama Islam selama bertahun-tahun ujud, tak payahlah memburuk-buruk, dan memfitnah orang lainuntuk menjadi popular. Itu bukan cara orang Islam bertindak iaitu mengikut AlQuran dan Sunnah. Orang Melayu nialilah seadilnya ; betulkah PAS parti Islam?Apa yang Islam mereka sumbang selama bertahun-tahun! Sibuk cakap pasal Islam tapi sumbangan tidak ada. Islam orang lain semuanya tak betul Islam PAS sahaja yang betul.

No comments:

Post a Comment