Wednesday, May 13, 2009

APA MASAALAHNYA DI PERAK?

Kalau diteliti secara halus masalah di Perak bukanlah suatu masalah yang rumit dan susah diselesaikan. Masalah ini senang diselesaikan jika ianya tidak terlalu dipolitikan sehingga nampak tidak boleh diselesaikan. Ianya menjadi semakin rumit bila ada pihak-pihak segaja mengwujudkan kekeliruan seolah-olah jalan yang ada hanyalah membubarkan dewan undangan negeri dan mengadakan pilihan raya.semula. Pihak ini mengambarkan bahawa mereka tidak menerima pilihan lain dari membubarkan DUN. Kita harus ingat mengadakan pilihan raya memerlukan perbelanjaan berjuta-juta duit rakyak yang sepatutnya boleh digunakan untuk kepentingan rakyat bukan kepentingan pihak tertentu yang jelas sudah kalah dalam perjuangan.

Pada PR ke-12, empat parti politik dan seoarang calon bebas telah bertanding untuk merebut kerusi di Perak.Empat parti tersebut adalah Barisan Nasional, PAS DAP dan PKR. Pakantan Rakyak bukan merupakan parti yang bertanding pada PR ke-12.Hasil dari PR ke-12 BN mendapat 28 kerusi; PAS-6;PKR-7 dan DAP18. Jelas tidak ada satu parti pun yang memperoleh majoriti untuk memerentah. Bagaimana pun proses demokrasi yang diamalkan membolehkan PAS,PKR dan DAP bergabung untuk membentuk kerajaan Perak dengan kelebihan kerusi sebanyak tiga kerusi.Oleh itu asas demokrasi yang membolehkan gabungan tiga parti ini memerintah ialah kelebihan kerusi yang diperolehi semasa PR ke-12. Tetapi malangnya suasana politik berubah apabila tiga ADUN dari gabungan yang memerintah telah mengistiharkan keluar gabungan tersebut menyebabkan mereka kehilangan majoriti untuk memerintah mengikut proses demokrasi. Pengakuan tiga ADUN ini untuk menyokong BN menunjukan BN dan gabungan tiga ADUN bebas ini mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan Perak Ini adalah asas demokrasi yang sebelum ini membolehkan mereka memerintah tanpa bangkangan dari BN. Oleh itu apa yang hendak dikecohkan kalau lunas yang diikuti adalah sama.

Pembubaran DUN sepatutnya tidak timbul dalam suasana yang wujud sekarang. DUN hanya sepaututnya dibubarkan jika tidak ada kumpulan yang mempunyai majoriti untuk memerintah. Misalnya jika ketiga-tiga DUN tidak mengistiharkan untuk bergabung dengan BN,maka tidak wujud satu kumpulan pun yang boleh memerintah; barulah DUN layak dibubarkan. Tentu sekali usul pembubaran perlu diluluskan oleh DUN dan perkenan Sultan. Adalah sangat demokratik memaksa DUN dibubarkan bila masih ada kelompok yang layak memerintah mengikut lunas demokrasi masih ada. Lainlah ceritanya jika kumpulan yang mempunyai majoriti yang memohon untuk membubarkan DUN. Kumpulan ini mempunyai cukup undi untuk membubarkan DUN.

kalau Dato Nizar faham dengan proses demokrasi yang telah melantik beliau menjadi MB Perak, beliau sepaututnya akur bahawa beliau tidak lagi mempunyai majotiti untuk memerintah. Secara terhormat beliau sepatutnya mengosongkan kerusi MB Perak dan memberi laluan untuk orang lain yang layakuntuk memerintah. Kalau beliau seorang yang ikhlas apa yang sepatutnya beliau lakukan mengikut lunas demokrasi, semua kemelut yang berlaku sekarang tidak wujud sampai sanggup mencemarkan nama baik DYMM Sultan Perak. Mengapa hendak menyusahkan rakyat Perak kerana kepentingan diri sendiri!

No comments:

Post a Comment