Sunday, August 30, 2009

PAS – NAFSU KUAT TENAGA KURANG

Sejak PR-12 selepas memenangi 23 kerusi parlimen dan menyertai Pakatan Rakyak dan turut serta memerintah beberapa DUN negeri, tindak-tanduk PAS sebagai parti yang melaungkan mereka pejuang Islam sedidik demi sedikit telah membuka pekong di dada mereka sendiri dan menampakkan apa sebenarnya perjuangan mereka selama ini.Sejak penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat Islam yang mereka kata mereka perjuangkan sudah mula dihina; laungan Azan sudah mula dipersoalkan, begitu juga dengan wang zakat hendak digunakan untuk kepentingan orang bukan Islam, orang bukan Islam sudah mula menggunakan ayat-ayat Al Quran dalam kempen politik mereka. Semua ini berlaku tanpa bantahan dari penyokong dan pemimpin PAS. Pemimpin Pas tidak dapat berbuat apa-apa kerana orang Islam dalam Pakatan Rakyat sudah menjadi kumpulan minoriti dalam pakatan tersebut. Lihat sahaja di Selangor dalam isu penjualan arak di kawasn majoriti Islam, mereka tersungkur sehinggakan tindakan tatatertib hendak dikenakan keatas pemimpin PAS Selangor dalam isu ini. Tindakan mereka dalam isu arak tidak pun disokong oleh orang Islam dalam PKR.; malahan pemimpin PKR yang merupakan Menteri Besar Selangor tidak menyokong tindakan PAS.Orang PAS tidak pun membantah cadangan MB selangor untuk untuk menggunakan wang zakat untuk kepentingan bukan Islam. Saya tidak nampak pun demonstrasi PAS menentang Isu zakat ini. Begitu juga dengan pertumbuhan berluasa tempat maksiat di Selangaor tidak pun menerima tentangan dari penyokong PAS.Isu rumah urut ini tidak timbul semasa Umno yang dikatakan mengamalkan Islam palsu. Dimana maruah PAS dan pemimpin PAS yang dikatakan memperjuangakan Islam dan membangun bersama Islam. Jelaslah pemimpin PAS mempunyai nafsu kuat tetapi sayang sekali tenaga kurang; akhirnya terkulai dalam perjuangan kononnya hendak menegakkan kerajaan Islam. Islam akan jadi hancur lebur, dikutuk dan dihina di negara ini jika PAS masih mau memerentah dengan meyertai Pakatan Rakyai yang terang-terang menentang Islam. Saya rasa PAS lebih bermaruah jika parti tersebut keluar dari Pakatan Rakyat dan bertindak sebagai parti bebas. Dengan cara ini sahaja mereka boleh bersama-sama orang Islam lain untuk mempertahankan Islam. Peyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat telah merendahkan mertabat Islam yang menjadi agama resmi negara ini. Lihat sahaja di Selangor dan Perak negeri yang mempunyai kerusi majoriti orang Islam sudah jatuh ketangan kekuasaan orang bukan Islam. Masih tidak sedarkah orang PAS dan orang Islam dikedua-dua negeri ini ?

PAS sebenarnya bukanlah parti yang mampu memperjuangan Islam. Bacalah rencana yang ditulis oleh Dr. Asri Zainul Abidin dalam rancananya ‘ Islamkan Politik , atau Politikan Islam’ yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia. Dari analisis rencana tersebut jelaslah PAS bukanlah Parti Islam tetapi ianya sebuah parti politik biasa yang mempolitikan Islam untuk berkuasa. Tidak hairanlah mereka sanggup berkerjasama dengan kumpulan yang jelas menentang Islam semata untuk mencapai impian pemimpin mereka untuk berkuasa. Sebuah parti Islam akan bertindak berpadukan Al Quran dan Sunnah dan tindak tanduk mereka mestilah tidak bercanggah dengan Islam. Fikirlah, adakah mencarut, memaki orang yang tidak sependapat dengan mereka, tukang fitnah dan mengukuk orang yang seagama yang menjadi kegemaran pengikut dan pemimpin PAS diizinkan oleh Allah untuk memerintah negara ini. Adakah kata-kata carut seperti barua,binatang dan mahakinzir merupakan kata-kata berpandukan Al Quraan dan Sunnah. Bacalah HARAKAH iaitu lidah resmi PAS. Kalau itulah dikatan akhbar Islam kita sudah sesat. Berapa banyakkah bahan dakwah berada dalam HARAKAH berbanding dengan kata-kata yang bertentangn dengam Islam dipaparkan dalam lidah resmi tersebut. Adakah perkataan Mahakinzir yang digunakan oleh akhbar tersebut mengambarkan ianya lidah resmi parti yang memperjuankan Islam. Dengarlah kata-kata kesat yang dituturkan oleh penceramah mereka yang berjubah seolah mereka tidak takutkan Allah. Mula ceramah beri pujian pada Allah dan Rasul kemudian membuat dosa menghina dan memburukan orang yang seagama; akhirnya dapat upah dan dengan upah ini beri makan anak bini. Bukankah duit yang diterima itu haram dimakan kerana hasil dari tindakan yang bertentangan dengan agama seperti mengumpat,memfitnah dan memaki hamun orang lain yang tidak hadir membela diri. Cakap-cakap mereka yang kasar dan angkuh tidak mengambarkan sebagai orang yang diamanahkan oleh Allah untuk mempertahankan agama. Malangnya ada dianatara mereka menganggap mereka ulama dan kata-kata mereka perlu diikuti tanpa bantahan.

Soalnya sekarang kenapa perlu mencarut, memaki,memfitnah dan memburukan orang lain untuk berpolitik secara Islam.Mengapa pemimpin PAS dan penceramah mereka seolah-olah menggalakan pengitkut mereka membuat perkara yang mereka tau bertentangan dengan Islam. Kenapa perlu menggunakan ayat Al Quran untuk mengkafirkan orang seperti yang dilakukan oleh pemimpin No. 1 PAS, Hadi Awang. Tidakkah ini dosa besar dan fitnah agung yang beliau lakukan. Cukupkah pahla yang beliau ada untuk diberikan kepada berjuta ahli UMNO yang beliau kafirkan dan fitnahkan? Berapa ramai pula pengikut PAS yang percaya dengan dengan fatwa Hadi Awang sehinggakan mereka tidak mahu makan ayam sembelihan orang UMNO, dan tidak mahu berimamkan orang UMNO. Siapa yang akan menanggung dosa mereka diakhirat nanti. Islam jenis apa yang dibawa oleh PAS dan ‘ulama’ mereka.

Jawapan kepada semua tingkah laku Pemimpin PAS ini senang sahaja. Sebenarnya sejak tertubuhnya PAS selama 50 tahun, tidak ada apa yang dilakukan oleh PAS untuk mengembangkan Islam.Oleh itu mereka tidak mampu menerangkan kepada orang ramai jasa mereka kerana tidak apa yang boleh dibanggakan.Jawapan Tan Sri Mohyiddin Yassin kepada retorik ‘Membangun Bersama Islam’ yang digunakan oleh PAS Kelantan di Manik Urai tepat sekali. Apa ada sumbangan PAS dalam perkembangan Islam dinegara ini? Jawapannya ialah ‘Kosong’! Perkembangan pesat Islam yang berlaku di negara ini tidak sedikitpun disumbangkan oleh PAS Apa pula sumbangan PAS pembangunan dinegara ini? Jawapnyanya juga ‘Kosong’. Oleh itu apa ertinya ‘Membangun bersama Islam’ yang mereka laungkan selalu. Itu hanya retorik kosong sahaja untuk menipu orang Islam. Oleh kerana tidak ada sumbangan PAS mereka menggunakan taktik yang mereka jangka paling sesuai dan berkesaan iaitu menidatkan jasa kerajaan sekarang dalam membangunkan Islam, bangsa dan negara. Yang paling mudah ialah memaki hamun dengan gelaran-gelaran keji terhadap pemimpin negara dalam ceramah-ceramah sehingga sanggup menggunakan rumah Allah seperti masjid dan surau untuk tujuan tersebut. Oleh itu timbulah kenytaan seperti orang UMNO kafir dan akhir-akhir ini Islam dibawa oleh UMNO Islam palsu. Timbulah perkataan kotor seperti mahakinzir dan gembala babi yang mereka sanggup keluarkan dari mul;ut mereka walaupun mereka sedar perbuatan mereka adalah keji dari segi agama. Kalau Islam yang dikembangkan sekarang palsu, Islam apa pula yang dikembangkan oleh PAS? Dengan taktik ini, secara tidak lansung Pemimpin Pas cuba berselindung dari kelemahan mereka. Dengan memaki hamun orang lain mereka cuba memberi gambaran bahawa mereka boleh berbuat lebih baik dari orang lain jika memerintah. PAS boleh tipu orang Melayu tetapi bolehkah PAS tipu Allh swt. Malangnya habuk pun tidak ada yang hendak diketengahkan. Lihatlah sahaja apa yang berlaku sekarang semasa berada dalam Pakatan Pembangkang memerintah dibeberapa negeri. Mereka pak turut sahaja dan tak mampu mempertahankan agama. Lihat sahaja pemerintahan PAS di Kelantan adakah ini corak pemerintahan ‘Membangun bersama rakyat’. Sanggup melihat rakyat miskin asalkan mereka kekal berkuasa menggunakan taktik terkutuk ini.

Jelaslah PAS bukanlah parti Islam yang bertindak berpandukan Al Quraan dan Sunah. PAS sebenarnya adalah parti politik biasa yang tidak segan silu memperalatkan agama untuk kepentingan peribadi.Agama Islam telah direndahkan taraf sebagai alat , dan bukan sebagai agama agung yang patut di patuhi. Perkataan ‘undi PAS masuk syurga’ dan hanya orang PAS sahaja yang akan masuk syurga, adalah contoh yang jelas dimana agama telah diperalatkan untuk mereka berkuasa. Mereka lebih hebat dari Allah swt! Tahukah pengikut PAS yang menjanjikan syurga tiap kali pilihan raya diadakan, bahawa mereka sudah jatuh syirik kerana menduakan Allah swt. Bertaubatlah! Sebebagai seorang Islam percayakah kita segala tindak tanduk pemimpin dan pengikut PAS direstui oleh Allah swt. Lihat sahaja apa yang berlaku di Kelantan! Keluarlah dari PAS supaya dosa tuan-tuan tidak bertambah! Tubuhkanlah sebuah parti Islam yang benar-benar berpandukan Al Quran dan Sunah.

Thursday, June 25, 2009

KERAJAAN PERPADUAN PERMULAAN BARISAN NASIONAL BUMIPUTERA

Sudah tiba masanya Bumiputera di negara ini memikirkan pembentukan Barisan Nasional Bumiputera yang akan menjamin hak mereka seperti yang dicatatkan didalam Perlermbagaan tidak dipersoalkan lagi. Ini memandangkan Brisan Nasional yang ujud sebagai satu parti politik sudah menampakkan ketidak’ relevenya ‘ dalam usaha mengujudkan perpaduan antara kaum dinegara ini. Sejak kebelakangan ini iaitu selepas pilihan raya Ke-12 sudah mula timbul usaha-usaha untuk mempersoalakan hak istemewa Bumiputera, kedudukan Raja-Raja dan Agama Islam . Dasar Ekonomi Baru hendak dihapuskan kononnya untuk keadilan. Ini bermakna mereka tidak lagi mengakui hak kekayaan ekonomi sebanyak 30% yang diperuntukan untuk bumiputera. Sikap ini menujukan sikap kaum bukan bumiputera khasnya orang Cina yang ingin mengusai sepenuhnya ekonomi negara ini. Inilah pengertian ‘ Keadilan’kepada mereka yang diperjuangkan melaui DAP. Yang sedihnya parti berasaskan Cina seperti MCA dan Gerakan sudah mula mengikut rentak DAP dan mengenepikan segal perjanjian mereka semasa berada dalam Barisan Nasional. Malah ahli-ahli parti berkenaan sudah mula menuntut MCA dan Gerakan meniggalkan Barisan Nasional. Kemelut berlaku bukanlah kerana Bumiputera lemah tetapi kerana mereka berpecah dan bermusuhan sesama sendiri.

Peristewa yang berlaku sebelum dan selepas Pilihan Raya Ke-12 menunjukan seolah ada konspirasi untuk melemah kekuatan politik Bumiputera supaya mereka boleh berkuasa sepenuhnya dari segi ekonomi dan politik melalui boneka-boneka Bumiputera mereka. Hindreraf, pertubuhan Hindu memulakan konspirasi dengan menuduh orang Melayu melakukan pembunuhan beramai kaum India dinegara ini. Pada saya ini adalah satu penipuan dirancang untuk menghina orang Melayu supaya menimbulkan kebecian orang India terhadapa orang Melayu. Walaupun semua tahu bahawa ‘ethnic cleansing’ tidak pernah dilakukan oleh orang Melayu, tidak ada pertubuhan kaum India termasuk MIC secara terbuka menafikan penipuan ini. Mungkin Hinderaf berjaya dalam usaha mereka memburukan orang Melayu teatpi mereka lupa kesan tinadakan mereka terhadap orang Melayu juga mempunyai kesan negetif keatas orang India..Sebagi seorang Melayu saya sudah mula berhati-hati dalam pergaulan dengan orang India . Malah saya sudah mula menggap mereka merbahaya untuk didekati dan mula mempercayai pesan-pesan orang tua bahawa kaum ini lebih merbahaya dari ular. Mereka juga lupa bahawa negara ini adalah negara Malaysia yang dianggotai oleh Sabah dan Sarawak. Kalau ini sikap mereka terhadap kaum Melayu iaitu salah satu Bimiputera bagaimanakah orang Bumiputera Sabah dan Sarawak dapat menerima mereka disana. Tentu sekali mereka akan menghalang ‘Virus’ ini samapai ke Sabah dan Sarawak.Dulu saya suka makan tosai sekarang saya sudah jijik hendak mekan makan-makanan orang India. Saya sudah mula curiga untuk menaiki teksi yang dipandu oleh orang India. Kalau saya ada masalah perundangan saya tidak akan gunakan khidmat peguam kaum ini. Inilah kesan negetif yang saya maksudkan. Saya tidak mahu ada hubungan dengan Kaum yang menghina bangsa saya dengan fitnah yang menyatkan hati.
Orang Cina lain pula ceritanya.Tidak cukup dengan kekayaan yang mereka perolehi, mereka pula hak kaum Bumiputera yang hanya 30%. Mereka hendak menghapuskan Dasar Ekonomi Baru supaya mereka boleh bermaharajarela tanpa mempedulikan kesannya kepada kaum Bumiputera. Bahasa Malaysia tidak diagungkan lagi. Sudah mula pandai menghina Sultan. Untuk menghiris lagi hati orang Melayu mereka menimbulkan hak Chin Peng untuk pulang ke Malaysia. Mereka mencabar status Bumiputera sebagai kaum asal negara ini.Orang Cina melayui akhbar mereka sudah mula meminta MCA dan Gerakan keluar dari Barisan Nasional. Kalau saya pemimpin Bumiputera saya akan katakana kepada MCA,MIC dan Gerakan;kalau hendak keluar dari Barisan keluarlah jangan cakap sahaja. Ketiadaan ketiga-tiga parti yang sudah tidak releven kapada kaum mereka, akan memudahakan penyatuan kaum Bumiputera dinegara ini.

Timbulnya isu penubuhan ‘Kerajaan Perpaduan’ memberi gambaran gembira kepada kaum Bumiputera. Malangnya ide ini terencat begitu sahaja kerana ada pemimpin Melayu tidak mahu Bumiputera bersatu, dan lebih senang melihat bangsa mereka sendiri hancur, dihina dan dijajah oleh kaum lain. Mereka lebih suka ‘menang sorak ‘ tidak kira kaum dan agama mereka tergadai. Kepada pemimpin berkenaan; ingatlah perpaduan orang Bumiputera adalah kehendak majoriti kaum Bumiputera. Kalau masih tidak sedar diri juga saudara akan disingkirkan oleh kaum sendiri. Walaupun isu kelahiran kerajaan perpaduan ini gagal ianya tetap menjadi penunjuk yang jelas tentang keinginan kaum Bumiputera untuk bersatau. Walupun segelintir pemimpin Melayu mengkhianati usaha murni ini, isu perpaduan ini merupakan amaran keras kepada MCA,MIC ,Gerakan dan DAP supaya tidak bertelaluan untuk mendesak Bumiputera.Ong Tee Kiat yang mahir bertutur bahasa Melayu tentu sekali biasa mendengar pepatuh Melayu; ‘Carik carik bulum ayam akhirnya bercantum juga’ dan ‘air yang dicencang tak kan putus’. Bila Bumiputera bersatu dan mula mengambil sikap ‘Offensive’ kaum lain juga yang rugi. Lebih hebat dari Dasar Ekonomi Baru akan ujud. Gerakan Persatuan Pribumi Perkasa perlu diperluaskan keseluruhan semanjung , Sabah dan Sarawak untuk menyedar dan menyatupadukan kaum Bumiputera. Berilah kesedaran kepada kaum Bumiputera dan singkirkan pemimpin Bumiputera yang tidak ingin melihat perpaduan Bumiputera.

Untuk kaum Bumiputera saya nasihatkan kajilah kedudukan kawasan-kawasan
pilihanraya Ke 12. Kawasan parlimen yang mempunyai majoriti penggundi Bumiputera adalah lebih kurang 170 kawasan iaitu jauh melebihi 2/3 dari semua kawasan parlimen. Berpandukan statistic penduduk, kawasan penduduk majoriti Bumuputera akan menjadi lebih banyak terutama di Sabah dan Sarawak dimasa akan datang. Inilah kekuatan politik kita. Kalau mahu kita tidak perlu libatkan kaum lain dalam mentadbirkan negara ini. Dengan kekuatan politik ini kita berupaya mengubal dasar-dasar yang menguntungkan kaum Bumiputera. Kita boleh tuntut lebih dari 50 % kekayaan negara ini. Untuk perpaduan Malaysia kita boleh ujudkan sekolah satu aliran sahaja iaitu aliran Malaysia.Fikirlah; jangan terlau mendesak kaum bumiputera! Terimalah ‘Status Quo’ dan hormati perlembagaan supaya rakyat berbilang kaum boleh hidup dengan aman.

Saturday, June 20, 2009

Wednesday, May 13, 2009

APA MASAALAHNYA DI PERAK?

Kalau diteliti secara halus masalah di Perak bukanlah suatu masalah yang rumit dan susah diselesaikan. Masalah ini senang diselesaikan jika ianya tidak terlalu dipolitikan sehingga nampak tidak boleh diselesaikan. Ianya menjadi semakin rumit bila ada pihak-pihak segaja mengwujudkan kekeliruan seolah-olah jalan yang ada hanyalah membubarkan dewan undangan negeri dan mengadakan pilihan raya.semula. Pihak ini mengambarkan bahawa mereka tidak menerima pilihan lain dari membubarkan DUN. Kita harus ingat mengadakan pilihan raya memerlukan perbelanjaan berjuta-juta duit rakyak yang sepatutnya boleh digunakan untuk kepentingan rakyat bukan kepentingan pihak tertentu yang jelas sudah kalah dalam perjuangan.

Pada PR ke-12, empat parti politik dan seoarang calon bebas telah bertanding untuk merebut kerusi di Perak.Empat parti tersebut adalah Barisan Nasional, PAS DAP dan PKR. Pakantan Rakyak bukan merupakan parti yang bertanding pada PR ke-12.Hasil dari PR ke-12 BN mendapat 28 kerusi; PAS-6;PKR-7 dan DAP18. Jelas tidak ada satu parti pun yang memperoleh majoriti untuk memerentah. Bagaimana pun proses demokrasi yang diamalkan membolehkan PAS,PKR dan DAP bergabung untuk membentuk kerajaan Perak dengan kelebihan kerusi sebanyak tiga kerusi.Oleh itu asas demokrasi yang membolehkan gabungan tiga parti ini memerintah ialah kelebihan kerusi yang diperolehi semasa PR ke-12. Tetapi malangnya suasana politik berubah apabila tiga ADUN dari gabungan yang memerintah telah mengistiharkan keluar gabungan tersebut menyebabkan mereka kehilangan majoriti untuk memerintah mengikut proses demokrasi. Pengakuan tiga ADUN ini untuk menyokong BN menunjukan BN dan gabungan tiga ADUN bebas ini mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan Perak Ini adalah asas demokrasi yang sebelum ini membolehkan mereka memerintah tanpa bangkangan dari BN. Oleh itu apa yang hendak dikecohkan kalau lunas yang diikuti adalah sama.

Pembubaran DUN sepatutnya tidak timbul dalam suasana yang wujud sekarang. DUN hanya sepaututnya dibubarkan jika tidak ada kumpulan yang mempunyai majoriti untuk memerintah. Misalnya jika ketiga-tiga DUN tidak mengistiharkan untuk bergabung dengan BN,maka tidak wujud satu kumpulan pun yang boleh memerintah; barulah DUN layak dibubarkan. Tentu sekali usul pembubaran perlu diluluskan oleh DUN dan perkenan Sultan. Adalah sangat demokratik memaksa DUN dibubarkan bila masih ada kelompok yang layak memerintah mengikut lunas demokrasi masih ada. Lainlah ceritanya jika kumpulan yang mempunyai majoriti yang memohon untuk membubarkan DUN. Kumpulan ini mempunyai cukup undi untuk membubarkan DUN.

kalau Dato Nizar faham dengan proses demokrasi yang telah melantik beliau menjadi MB Perak, beliau sepaututnya akur bahawa beliau tidak lagi mempunyai majotiti untuk memerintah. Secara terhormat beliau sepatutnya mengosongkan kerusi MB Perak dan memberi laluan untuk orang lain yang layakuntuk memerintah. Kalau beliau seorang yang ikhlas apa yang sepatutnya beliau lakukan mengikut lunas demokrasi, semua kemelut yang berlaku sekarang tidak wujud sampai sanggup mencemarkan nama baik DYMM Sultan Perak. Mengapa hendak menyusahkan rakyat Perak kerana kepentingan diri sendiri!

Wednesday, April 22, 2009

KETAM HENDAK MENILAI PERTANDINGAN BERJALAN

Saya ingin menyentuh kenyataan Setiausha Agong PAS hendak memberi tempoh tiga bulan untuk menilai kewibawaan barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebagimana kebiasan pemimpin PAS, beliau gemar membuat kenyataan berunsur fitnah, kali ini, menuduh campur tangan Tun Dr. Mahathir semata-mata Datuk Mukriz dilantik sebagai Timbalan Menteri. Janganlah pertikaikan kebolehan Datuk Mukriz, kerana beliau banyak menabur bakti membantu mangsa bencana alam di dalam dan di luarnegara. segala-galanya dibuat atas kerelaannya sendiri tanpa memikirkan kedudukan politik.Pada pendapat saya setakat menjadi SU Agung Parti tidak ada apa yang layak dibandingkan dengan kebolehan saudara dengan Datuk Mukriz. Selama bertahun-tahun menjadi wakil rakyat Tumpat berapa banyak benarlah jasa saudara kepada orang Tumpat. Datuk Mukriz bukanlah seperti pemimpin PAS; ‘cakap berdegar-degar,tahi tersangkut di gelegar. Selain dari memecahbelahkan orang Melayu, cubalah saudara senaraikan apakah jasa PAS kebada orang Melayu dan negara selama PAS ujud. Diam-diam Datuk Mukriz berisi; bising-bising PAS seperti saudara macam tin kosong sahaja.

Menyentuh kenyataan saudara memberi tempoh tiga bulan untuk menilai cabinet Datuk Seri Najib, saya rasa PAS dan parti pakatan PAS cerminlah diri sendiri dulu samaada layak menilai orang. Saya nampak saudara dan pakatan saudara tak ubah macam ‘ketam hendak menjadi hakim pertandingan berjalan.’Nilai sahaja pencapaian pentadbiran pakatan pembangkang yang memerentah beberapa negeri selepas pilihan raya yang baru setahun berlalu. Oleh kerana saudara S/U Agung PAS eloklah kita mula dengan menilai kewibawaan parti PAS dulu. Selama bertahun-tahun memerentah Kelantan apa bentuk pembangunan yang dibawa oleh PAS. Jawabnya tidak ada lansung! Peluang kerja kurang, pelaburan tidak ada menyebabkan ramai anak muda terpaksa mencari kerja dinegeri lain. Masaalah pembekalan air bersih pun tidak dapat diselaikan selama bertahun-tahun. Masalah yang dihadapai oleh rakyat Kelatan sudah berlanjutan hingga Sultan Kelantan pun sudah naik muak. Oleh itu layakkah saudara dan dan pemimpin PAS yang lain menilai kewibawaan orang lain. Sepatutnya saudara dan kawan-kawan saudara termasuk Menteri Besar Kelantan dan basiran Exco harus berfikir untuk mengundurkan diri ekoran segala kegagalan yang ujud dalam mentadbir negeri Kelantan. Berhentilah menyalahkan Kerajaan Pusat kerana mengbaikan Kelantan. Beri peluang orang lain untuk memajukan Kelantan kalau dah tak mampu lagi. Apa guna tiap-tiap bulan terima elaun tetapi amanah tidak mampu dilaksanakan dan rakyat menderita. Inikah kerajaan Islam yang hendak memerintah Malaysia! Saya rasa kalaulah kosep negara kebajikan yang dimimpikan oleh Hadi Awang jadi kenyataan Kelantan terlebih akan jatuh bankrap.

Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar PKR juga menghadapi masaalah selama setahun memerentah.Dari masalah ‘rock tunjuk buntut’ dan juga masalah gambar separuh bogel exco. wanita. Menteri Besar berhadapan dengan masalah tuduhan rasuah dan exco dihadapkan ke mahkamah kerana menghalang tugas pegawai awam menjalankan tugas. Dulu masa pilihan raya macam-macam janji di buat oleh Pakatan Rakyat. Tapi kebanyakan janji tersebut adalah omong kosong sahaja. Kes Elizebeth Wong tak boleh disamakan dengan kes model Nasha Aziz. Betulah hak untuk berbogel dirumah sendiri adalah hak peribadi,tetapi Elizebeth Wong ini lain ceritanya. Beliau tidur separuh bogel disuasana kehadiran orang yang dikenalinya dan bebas keluar masuk rumahnya. Bagaimana orang luar boleh berada dalam rumahnya sebegitu bebas mengambil gambar belaiu separuh bogel.Situasi ini sudah cukup memberi gambaran tidak elok tahap moral pemimpin negeri ini. Saya tak taulah bagaiman wakil Muslimat PAS di Selangor boleh menerima dan mempertahankan pemimpin seperti ini. Saya tidak hairan pempin PKR termasuk MB mempertahankan exco beliau kerana selama ini isu moral bukan menjadi kayu ukur menetukan kepimpinan parti tersebut.

Di negeri Perak pula keadaan sekarang sudah tunggang langgang; undang-undang sudah tidak dihormati lagi, agama Islam dicemoh dan Sultan sudah mula di hina. Ini semua gara-gara gilakan kuasa . Asalakan berkuasa tidak kisahlah apa berlaku kepada bangsa dan agama sendiri. Orang kafir pun pun boleh guna ayat Quran untuk kepentingan peribadi mereka.Tak lama lagi paderi-paderi pun akan menggunakan ayat Quran digereja untuk mengembangkan agama mereka berasaskan tafsiran yang mungkin diselewengkan.. Fikir sahajlah bolehkah kita percaya dan amanahkan orang kafir yang menyembah tokong untukmentafsirkan ayat Quran. Mufti-mufti negeri yang berkuasa sependapat menghalang perkara ini tapi ulama PAS lebih hebat membolehkan segalanya, asalkan mereka menang dalam pertelagahan. Apa cara sekali pun tidak apa asalkan mereka berjaya. Oleh itu betul ke PAS berjaya mentarbiahkan DAP atau sebaliknya DAP sudah mengkafirkan orang PAS! Tanya Hj Hadi mana yang betul ! Berdasarkan apa yang berlaku di Perak tolong jelas apa pendirian PAS berhubung kesultanan Melayu. Nampaknya cara ahli-ahli PAS bertindak seperti membaringkan diri dihadapan kereta Raja Muda Perak, Pas tidak perlu lagi institusi kesultanan Melayu.

Cukuplah; tak payah sentuh Pulau Pinang dan Kedah yang juga menghadapi masaalah. Kesimpulannya tak payahlah hendak menilai pentadbiran orang lain ; betulkanlah diri sendiri dulu. Kalu pemimpin PAS tidak dapat menunujukan apa jasa mereka kepada bangsa Melayu dan agama Islam selama bertahun-tahun ujud, tak payahlah memburuk-buruk, dan memfitnah orang lainuntuk menjadi popular. Itu bukan cara orang Islam bertindak iaitu mengikut AlQuran dan Sunnah. Orang Melayu nialilah seadilnya ; betulkah PAS parti Islam?Apa yang Islam mereka sumbang selama bertahun-tahun! Sibuk cakap pasal Islam tapi sumbangan tidak ada. Islam orang lain semuanya tak betul Islam PAS sahaja yang betul.

Friday, April 3, 2009

RENUNGAN PENDUDUK BUKIT GANTANG

Ingatlah orang Perak ,Perak adalah negeri majority Melayu mempunyai lebih kurang 40 kawasan DUN Melayu dan negeri Islam beraja Melayu. Malangnya bila Pakatan Rakyat diamanahkan untuk mentadbir negeri dengan dikepalai oleh oleh Melayu Islam sebagai Menteri Besar kuasa orang Melayu sudah mula terhakis dan agama dan kedaulatan Sultan telah dicabar bukan sahaja oleh bukan Melayu tetapi turut sama orang Melayu sendiri. Banyak keputusan pentadbiran Perak lebih menguntungkan kaum minoriti bukan Melayu.
Insaflah orang Perak, masihkah lagi orang Perak mau PAS diamanahkan untuk menjaga kepentingan Melayu dan Raja Melayu. Tidak cukupkah keperitan orang orang Melayu Perak lalui semasa diperintah oleh Pakatan Rakyat. Mampukah PAS yang hanya memenangi empat kerusi di DUN Perak mempertahankan kedudukan Melayu dari asakan DAP. Jelas sekali jauh panggang dari api. Insaflah yang berkuasa dalam pemerintahan Pakatan Rakyat Perak ialah DAP bukan bukan orang Islam seperti yang diberitau PAS.

Sudah tiba masanya orang Melayu tanya PAS apa sebenarnya matlamat perjuangan PAS? Tanya pemimpin PAS semenjak penubuhan PAS apakah sumbagan PAS dalam perkembangan kemanjuan bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini. Adakah kemanjuan yang dicapai oleh Melayu sejak Merdeka hasil usaha PAS? Adakah perkembangan pesat Agama Islam dinegara ini hasil dari usaha politik PAS? Saya tidak nampak sedikit pun jasa PAS dalam membangunkan Bangsa Melayu dan agama Islam. Saya cabar Harakah atau pemimpin PAS seperti Nik Aziz,Hadi Awang dan lain lain mengemukan senarai sumbangan mereka kepada negara dan agama. Jangan ashik menyalahkan orang lain tanya apa sumbangan PAS selama ini selain sdari memecahbelahkan dan cuba menghancurkan segala kemajuan yang dicapai oleh orang Melayu.

Orang Melayu renunglah apa yang berlaku di Kelantan selama bertahun-tahun PAS memerentah.PAS tidak mampu membangunkan negeri Kelatan tapi bercita-cita memerintah Negara. Kalau sayalah wakil DUN Kelantan saya akan merasa malu kerana gagal membangunkan Kelantan. Selepas dua penggal sahaja saya akan mengudurkan diri dari bertanding. Malangnya wakil DUN Kelantan yang ada sekarang termasuk Menteri Besarnya tidak bermaruah kerana masih menabik dada mengatakan mereka lebih hebat dari orang lain dan masih lagi mahu bertanding dan mentadbir Kelantan.Tanyalah ketua Pemuda PAS dan naib Presiden PAS yang selalu sibuk mengeritik kerajaan Persekutuan kerana tidak telus mentaadbir, berapa banyakkah pembanguna yang mereka bawa ke kawasan parlimen mereka. Cakap hebat, bergegar-degar tahi tersangkut digelegar. Oleh itu pemimpin PAS dan Harakah cerminlah diri sendiri dulu sebelum mengata orang. Pada saya selagi tidak mampu menyumbang kepada agama,bangsa dan negara diam sahajalah lagi elok dari merapu tiap-tiap kali bersuara dan menyakitkan hati orang. Selagi tidak dapat membuktikan kemampuan mentadbir negeri Kelantan dengan baik tak payahlah bercita-cita hendak memerintah negara ini. Tidakkah kita terfikir bahawa Kelantan ditakdirkan d-terus diperintah oleh PAS untuk dijadikan pedoman kepada orang Islam supaya tidak tersalah pilih pemerintahan tida cekap dinegeri-negeri lain?

Orang PAS menabik dada mengatakan PAS adalah parti Islam, memperjuangkan Islam dan hendak menegakkan negara Islam. Pada saya itu cakap-cakap politik sahaja hendak memperbodohkan orang Melayu. Jelas dari kebanyakan tindakan ahli mereka banyak yang bertentangan dengan peraturan Islam.Pada tiap-tiap ahli parti Islam mestilah sentiasa bertindak mengikut Islam iaitu menjadikan AlQuran dan Sunah sebagai panduan tindakan mereka. Perbuatan memfitnah,seperti mengatakan Mahathir dan Cucu beliau menonton TV lucah dan lain-lain lagi adalah bertentangan dengan agama. Kalau nak dibukukan segala fitnah yang dicipta oleh orang PAS termasuk ustaz-ustaz yang berceramah disurau-surau bertahun-tahun pun tidak akan selesai. Memaki hamun orang yang tidak sehaluan dengan PAS tentu sekali bukan disurh oleh Allah swt. Adakah mengelar MAhathir Mahakinzir dan Abdullah Badawai gembala babi untuk cara orang Islam berbudaya. Lihatlah cara orang PAS berdemonstrasi; mengejek-ngejek orang dan memusnahkan harta benda awam mengambarkan cara orang Islam bertindak.Saya ingat lagi ada seorang pensyarah PAS menyangkal melalui kenyataan di TV mengenai kebolehan Ayah Pin menjanjikan syurga untuk pengikut beliau. Pensyarah ini berkata Ayah Pin bukan Tuhan. Apa bezanya Ayah Pin dan ulama Pas; mereka juga menjanjikan syurga kepada tiap-tiap pengundi yang mengundi PAS dalam pilihan Raya. Pada pilihan raya yang lalu pun masih ada peraih PAS berkata demikian untuk memancing undi. Bukankah perbuatan ini syirik iaitu menduakan Tuhan. Dulu Hadi Awang kata orang UMNO kafir kerana bersubahat dengan MCA dan MIC dan beliau sanggup menyelewengkan ayak AlQuran untuk mengukuhkan tuduhan beliau. Tapi sekarang beliau bersubahat dengan bukan sahaja DAP yang anti kerajaan Islam tetapi juga dengan segelintir orang tidak percayakan Tuhan dan mendewakan Karl Max. Jadi sekarang Hadi Awang dan orang-orang PAS pun sudah jatuh kafir lebih kafir dari orang UMNO berpandukan Fatwa Hadi sendiri.Oleh itu bagaimanakah orang sudah kafir hendak menegakkan Islam. Saya rasa sudah tiba masanya Hadi Awang mengaku kesilapan beliau secara terbuka sebelum ajal tiba. Dosa tuan bukan sahaja kepada Tuhan tetapi juga kepada manusia.Berdosa pada Tuhan boleh bertaubat;berdosa kepada manusia keran memfitnah perlu meminta maaf.


Insaflah penduduk Bukit Gantang PAS bukan Parti Islam.Lihat sahajalah cara PAS berkempen; lihat sahajalah surat fitnah yang berluasa diedarkan dan cara-cara mereka bersyarah. Lebih tepat kalau kita katakana mereka sudah dirasuk syitan yang wajib kita jauhi.Janganlah iakan tindakan mereka yang bertentangan denagan kehendak Islam. Mereka tidak berupaya memberitau tuan-tuan sumbangan mereka kepada Agama dan Bangsa oleh itu cara untuk menang ialah dengan mencontohi syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia.